Pendidikan Dr. Samhan

Semenjak di bangku sekolah, Dr. Samhan percaya bahawa kecemerlangan dalam pendidikan boleh mengubah hidupnya dan keluarganya.

Memulakan pendidikan rendah di Sekolah Kebangsaan Seberang Pasir Mas, Kelantan, beliau merupakan seorang ketua pelajar dan satu-satunya pelajar yang menerima 5A dalam UPSR. Berbekalkan keputusan cemerlang, beliau menyambung pembelajaran ke Sekolah Dato' Abdul Razak (SDAR), Seremban. Terbukti sebagai seorang pelajar contoh, Dr. Samhan mendapat keputusan 9A dalam SPM dan menerima anugerah Lonjakan Saujana daripada SDAR.

Di samping cemerlang dalam akademik, beliau juga tidak mengabaikan aktiviti kokurikulum. Dr. Samhan aktif dalam sukan bola baling, bola sepak, hoki, tennis, ragbi dan olahraga. Selepas tamat persekolahan, beliau menyambung pelajaran di Matrikulasi Pulau Pinang dan memperoleh keputusan 4 flat, seterusnya meneruskan pembelajaran dalam bidang perubatan di University Tanta, Mesir. Beliau memperoleh keputusan Jayyid (Baik) dalam bidang tersebut.

Beliau kemudiannya diberikan pengiktirafan sebagai Men's Health Doctor daripada National University of Singapore selepas menamatkan pengajian di sana. Walaupun sibuk bertugas sebagai seorang doktor dan mengendali tujuh klinik, beliau masih tekad untuk menyambung pembelajaran dalam Master in Business Administration di University Sunderland, United Kingdom pada tahun 2022 hingga tahun 2023.

Rujukan

WikiPedia: Dr. Samhan https://www.forhimclinic.com/ https://ohbulan.com/dr-samhan-seronok-kongsi-ilmu-... https://www.bharian.com.my/bisnes/usahawan/2023/08... https://my.linkedin.com/in/dr-samhan-8b921262 https://relevan.com.my/2023/12/28/3-5-juta-lelaki-... https://relevan.com.my/2023/12/28/padam-tabu-kesih... https://www.sinarharian.com.my/article/275178/beri... https://www.astroawani.com/gaya-hidup/apa-perlu-bu... https://www.astroawani.com/gaya-hidup/tangani-pend... https://www.kosmo.com.my/2022/07/15/kencing-berdir...